Bahayakah Esp Shaklee??

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????
Sekarang isu ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh
soya ni tak bagus kan, dan memandangkan ESP
Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya
pun terpalitlah sekali.


Apa yang anda perlu tahu adalah
ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-
GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO?
Yang mana baik dan yang mana buruk?
Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh
Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program
(IPP) . Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan
kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari
perubahan genetik . Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan
untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa
yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa
bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya .

Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah
secara semulajadi dan tiada any intervention ya.
Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk
soya lain?


Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya
akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja
memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat
pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan
pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan .

Tapi tidak dengan ESP Shaklee ya.
Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan ESP
Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan
isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk
kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene
adalah antara komponen penting dalam pencegahan
kanser.


Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya
disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak
membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak
ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak
pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing
lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh
ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk
keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.


Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada
kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan
ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi
pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh
Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah
pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk
berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO
dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan
kualitinya terbaik

. Malah cadangan pengambilan
seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat
kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi
bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50
tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan
badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran.

Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap
orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih
yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.

Credit to www.lifefit.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT BY MAMA ATIYYAH, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink