Langkah Pertama Si Kecil ... 13 Tip Bantu Si kecil Menapak

Berjalan sangat penting untuk perkembangan dalam kehidupan anak anda. Ia adalah petanda anak akan meninggalkan dunia bayinya.
Perkembangan Bayi
Kebanyakannya bayi pada usia 8 bulan akan mula merangkak, bergolek dan secara beransur akan mendapatkan kekuatan otot dan koordinasi badan untuk memudahkan ia berjalan. 

Selalunya anak kecil akan melakukan langkah pertama pada usia antara 9 dan 12 bulan. Kemudian akan mula berjalan dengan baik pada usia 14 atau 15 bulan.

Tip Bantu Si kecil Berjalan

1. Pastikan rumah anda selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut, tangga semasa mengajar anak kecil anak berjalan.

2. Setelah anak kecil anda belajar merangkak, bantu dia untuk terus melangkah dan pegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.

3. Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia bagaimana untuk membengkokkan lutut supaya dia boleh duduk tanpa jatuh. Berilah dia masa untuk mencuba sendiri.

4. Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.

5. Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.

6. Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk langkah demi langkah. Sebelum anak anda tahu berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘menangkap’ dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh.

7. Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

8. Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Juga kerap berjalan berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.

9. Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan.

10. Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.

11. Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.

12. Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di hadapan rumah anda, atau laman rumah.

13. Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian. Dia mungkin akan jatuh atau memerlukan bantuan anda.

Risiko Bersalin Awal

Jom..nak share ckit article pasal Bersalin awal or pramatang......

Kelahiran Pra Matang
Kelahiran pra matang  dikenali sebagai kelahiran sebelum masa atau tidak cukup bulan. Ia merujuk kepada bayi yang dilahirkan sebelum usia kandungannya mencukupi 37 minggu - 40 minggu. 

Lazimnya, sesuatu kelahiran itu dianggap pra matang apabila bayi dilahirkan sebelum mencapai tempoh 37 minggu kehamilan. Kelahiran normal biasanya berakhir hingga 40 minggu kehamilan. 
Kebanyakan wanita bersalin pada usia 38 hingga 42 minggu dan lebih kurang 12 peratus wanita melahirkan bayi pra matang pada usia kandungan 37 minggu ke bawah.

Bagi kes kelahiran pra matang, usia kandungan adalah penting kerana ia akan menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang, terutamanya paru-paru. Kematangan organ ini pula akan menentukan peluang bayi untuk hidup.

Faktor Kelahiran Pra Matang
1. Sejarah kelahiran pra matang terdahulu. Jadi ibu berisiko tiga kali ganda akan melahirkan bayi pra matang lagi.
2. Hamil kembar.
3. Kelainan pada uterus dan servik (cervical incompetence).
4. Jangkitan pada buah pinggang dan pundi kencing.
5. Jangkitan pada tempat dan air kencing, vagina.
6. Disebabkan oleh penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, buah pinggang atau diabetis.
7. Mengandung dengan satu fetus selepas rawatan in vitro fertilization (IVF).
8. Gaya hidup negatif seperti merokok, mengambil alkohol dan dadah.
9. Tekanan paras paling tinggi.
10. Sosio ekonomi rendah.


MUNTAH SUSU


Muntah susu
Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.
Gambar sekadar Hiasan
Gejala dan simtom
  • Keluar secara 'effortless'
  • Muntah terjadi sebaik minum susu
  • Muntah selepas sendawa
  • Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum
Tip untuk kurangkan muntah susu
  • Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
  • Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
  • Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
  • Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
  • Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
  • Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
  • Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
  • Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.

Pinjam dgn Mok Cik Google
Sumber:FB

Translate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Exchange Link

 
COPYRIGHT BY MAMA ATIYYAH, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink